July 8, 2011

Bersih kepala hotak.

Sepatutnya, hari ini antara hari paling best dalam hidup aku. Sepatutnya. Sepatutnya. Sepatutnya. 

July 5, 2011

Wake up and smell the coffee.

Hidup tak panjang. Tak lama. Bila bila kau boleh mati. Bila bila kau boleh pergi. Ini bukan entri tentang agama. Bukan. Aku cuma nak bercakap tentang hidup. Hidup ini indah. Jadi kau kena hargai. Kalau kau rasa hidup kau ni tak ada guna, macam fuck, lebih baik mati dari hidup, aku syorkan kau fikir lagi sekali.

Kalau kau remaja, tak apa. Remaja memang bodoh. Tak semua remaja matang yang betul betul matang punya. Jangan risau kalau zaman remaja kau rosak. Tak pernah terlambat kau nak berubah. Yang penting kau kena cuba. Aku sendiri rasa zaman remaja aku macam bodoh. Tapi kesah apa? Orang nak cakap apa, cakap. Aku ada peduli? Hidup kau pun tak sempurna. Kita semua sama.

Hidup ni banyak perspektif. Kau tak boleh tengok dari satu perspektif je. Tapi yang itu kau kena belajar sendiri. Kau tak boleh nak bergantung dekat orang. Sama macam kau tengok movie. Kisah cinta fairytale apa bagai. Memang nampak impossible, tapi kau pernah cuba? Outcome mungkin lain, tapi yang penting kau cuba.

Lagi satu, stop thinking start doing. Takat kau fikir nak bersepah, tapi kau tak buat. Apa guna? Bangun weh. Bangun. Kau bangun, buat kopi, tapi jangan minum. Kau bau je. Bagi betul sikit otak kau. Okay?

July 3, 2011

Bersih 2.0

Aku tak ada niat nak bantah, atau sokong kempen "Bersih 2.0" ni. Aku bukan tak suka orang-orang yang buat kerja macam ni. Aku tak ada tujuan pun nak tulis entri berunsur politik ni. Jujur aku cakap, aku tak berapa nak suka benda benda yang berkaitan politik ni. Bukan sebab aku malas nak masuk campur, tapi politik ni benda berat, bukan benda main main.

Tapi sejak riot dekat Mesir 25 Januari 2011, aku dah naik muak dengan benda benda riot ni. Aku tahu perasaan memberontak dan membantah ni memang semua orang ada. Aku sendiri pun ada. Tapi tengok riot dekat negara orang pun dah cukup aku rasa. Apa beza aku stay Mesir atau balik Malaysia kalau dua dua tempat pun tak habis nak riot, nak kempen, nak itu ini itu ini?

Memang tujuan Bersih 2.0 ni hanya untuk "menyampaikan pesanan" kepada semua rakyat Malaysia. Tapi kau orang pun tahu dan sedar, orang Malaysia ni bukan boleh main main. Silap sikit, jadi silap besar. Terlanggar bahu, penumbuk melayang. Salah ayat, gigi hilang. Mamat A nak itu, mamat B suruh langkah mayat dia dulu. Melayu Cina India pun sama. Kalau dah masuk bab yang menimbulkan rasa tak puas hati, ending semua sama. 

Perhimpunan Bersih 2.0 belum start lagi, tapi dah bersepah orang yang konon bersemangat waja tulis itu ini dekat blog, status facebook, twitter, wordpress dan semua laman internet yang ada ruang yang boleh tulis. Bersepah. Benda ni sepatutnya tak radikal, tapi dari apa yang aku baca, memang ada gaya radikal yang otai otai punya. Bukan radikal biasa biasa.

Tak boleh ke Melayu Cina India lepak ramai ramai dekat mamak satu table, order milo tarik ke, teh panas ke, bandung ke, sirap limau ke, apa ke. Order shisha sepuluh balang, borak borak gurau gurau gelak gelak. Pergi stadium ke sokong komuniti bola sepak Malaysia. Mana tahu boleh layak masuk world cup? Jangan time dah layak baru nak mengaku kau tu penyokong kuat komuniti bola sepak Malaysia.

July 2, 2011

I'm coming home.

Seriously, I've been missing my homeland badly that words couldn't express.

I miss the faces, the smiles, the laughs, the frowns, the tears, the fights.

I miss the cultures, the manners of Malaysians, the customs, the festives, the celebrations.

I miss the memories, my early curfews, the late night trips, the sneak outs, the sleepovers.

I miss the roads, the lamp posts, the highways, the jams, the cars, the honks.

I miss my mum, my dad, my Along, my Ana, my Adik, and my friends.

Just name it, I miss everything about Malaysia. After almost 20 years growing up and living in Malaysia, it felt so short compared to this 10 months in Egypt. Anyways, I'll see you soon, Malaysia :)




May 5, 2011

Evakuasi.

"Kuliah tib?"

Jalan sibuk seperti biasa di kawasan istad. Hon berbunyi tanpa henti. Tetapi makin hampir teksi ke kawasan gama'ah, makin teruk jadinya. Bunyi hon  membingitkan telinga. Kedengaran suara orang memekik melalui tingkap kenderaan masing-masing.

Aku dan seorang sahabat mula berpandangan antara satu sama lain. Setelah 5 minit berlalu tanpa teksi bergerak, kami buat keputusan untuk berjalan. Tinggal 10 minit lagi sebelum pelajar perlu masuk ke dalam dewan periksa, tapi itu semua macam dah tak penting bagi aku. Apa yang bermain di kepala aku hanya satu - apa yang terjadi di hadapan sana.

Selangkah keluar dari teksi, aku boleh nampak keadaan agak kucar-kacir. Polis dan askar lengkap dengan uniform dan senjata. Sedang aku cuba untuk merungkai apa yang sedang berlaku, satu impak aku rasakan dari arah belakang. Sebiji buah epal busuk bergolek di atas tanah. Aku lihat dua budak sedang lari sambil menjerit perkataan yang aku tidak fahami. Kalau ikut hati, memang aku kejar.

Aku mula berlari anak untuk mengejar sahabatku di depan. Roadblock rupanya. Aku dapat merasai ketegangan di kawasan gama'ah. Ada riot kecilan. Ramai kelibat manusia yang berdiri di bahu jalan seperti ada roadshow. Tak kurang yang mengambil video melalui telefon bimbit secara sembunyi.

Dari dalam dewan periksa, aku masih boleh mendengar pekikan manusia dan bunyi hon. Keadaan makin teruk di sini. Sempat aku berkhayal memikirkan masa depan pelajar di sini. Apa akan jadi? Apa nasib kami nanti? Tambahan pula, format kertas medical terminology kali ini tidak seperti apa yang telah diberitahu. Pening kepala aku dibuatnya. Khayalan aku diganggu oleh bunyi kerusi ditolak tarik. Setelah berpuas hati dengan jawapan aku yang tak seberapa, aku menghantar kertas dan mula mengorak langkah keluar dari dewan periksa menuju ke rooftop.

Beberapa sahabat aku sudah pun berada di atas, menunggu mereka yang masih belum keluar dewan periksa. Masing-masing sedang melepaskan tensi. Aku hanya diam dan mendengar sambil memerhati keadaan di bawah sana. Selesai melepaskan tensi dengan cara sendiri, topik perbualan bertukar arah ke keadaan di Mesir. Suasana di bawah masih lagi tegang. Aku kurang beri perhatian tentang apa yang dibualkan. Fikiranku melayang entah kemana.

"Kau tak nak balik ke Ban?"

Seorang demi seorang menuruni anak tangga meninggalkan rooftop melayani perasaan dan fikiran masing-masing.

April 9, 2011

Muak. Benci. Menyampah. Sakit hati.

Banyak perasaan yang bermain dalam kepala otak bila aku tengok keadaan diri aku di cermin lepas bangun dari tidur 15 jam. Ini bukan tidur jenis biasa. Ini tidur yang tak ingat dunia. Tidur yang bakal memusnahkan hidup aku sendiri.

Aku taktau kenapa berat badan aku ini nak bangun bila dikejut orang. Aku taktau kenapa pekak jadinya telinga aku bila diceramah orang. Aku juga taktau kenapa hilangnya semangat aku secara tiba-tiba. Mungkin aku dah tergolong dalam golongan orang tak guna. Mungkin sepuluh tahun lagi, aku akan merintih nasib di tepi jalan. Mungkin masa itu baru aku sedar betapa besarnya peluang yang aku dapat ini.

Aku suka cakap orang tua ; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Setakat suka, tapi tak dipraktikkan. Itu bodoh namanya kan? Tapi tak apa, ustaz kata, berniat baik dah dapat pahala. Jadi aku berniat sekali lagi, aku tak akan ponteng practical histologi yang sangat aku benci. Kawan, terima kasih. Itu sahaja aku mampu ucapkan, itupun di blog. Bukan dari mulut sendiri. Maaf tentang itu.

Orang buta mata tapi tak buta hati.

March 11, 2011

We are the champions.

Terima kasih aku ucapkan kepada Ameer Syarafie, Aris Kanda, Faiz Shahadan, Kenzai Hong, dan Razdan Nadzar Manraj. Juga terima kasih kepada organizer event. Lepas ni siapa tak kenal aku dekat Uniten boleh kata rugi la.

March 5, 2011

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas.

Butterfingers - Bebas.

Butterfingers. Kau tak kenal band ni? Mungkin atas dua sebab ;
Kau bukan orang Malaysia. Atau,
Kau bukan orang Kanada.

Kalau nak dibandingkan dengan Hujan, aku boleh kata bagai langit dengan bumi. Bukan aku nak menghina Hujan, tidak. Tapi bagi aku, Butterfingers ni dah boleh jadi legend. Sampai sesetengah rakyat Kanada mengaku bahawa Butterfingers merupakan band independent dari Kanada, bukan Malaysia. 

*****

Kadang-kadang aku rasa macam baru semalam aku mengakhiri zaman sekolah rendah. Zaman dimana selamat tinggal hanyalah sehingga hari esok. Zaman dimana kita semua benci ubat disebabkan kepahitannya. Zaman dimana tiada isu perkauman dan apa bagai lagi.

Masa zaman sekolah rendah la lagu dan permainan 'enjit-enjit semut siapa sakit naik atas' ni popular. Aku berani cakap, tak ada satu pun budak zaman sekarang yang reti main permainan ni. Tapi bila aku dengar balik lagu Butterfingers ni sepanjang malam semalam, baru aku perasan ada maksud yang lebih mendalam.

Siapa sakit, naik atas. Kalau mat saleh punya cakap, no pain no gain.

Sebab tu orang-orang tua kata hidup ini bagaikan roda. Bila kau kat atas, kau tak sakit. Kau lupa daratan. Kau lupa asal usul. Last-last kau jatuh bawah semula. Masa tu baru kau menggelabah. Masa tu baru nak ingat kawan lama kau yang banyak membantu. Masa itu baru nak ingat ibu bapa adik-beradik kau yang tak penat memberi sokongan. Masa itu baru nak ingat Tuhan yang beri kau rezeki. Manusia.

Kalau kau tak pernah merasa macam ni, kau tak normal.

Kalau aku jumpa pencipta lagu ni, aku tabik dia tiga minggu berturut.

March 3, 2011

Kau tak tau apa maksud Seremban.

"Kau orang taktau apa-apa pasal Seremban. Siapa yang tahu, mesti sayang Seremban." - Hazim Judan

Eh bukan main lagi Ajim ni. Dulu masa study kat matrikulasi, aku tengok Seremban macam tak hidup sangat pun. Banyak rempit. Apa yang best. Kalau setakat  ada Jaya Jusco, dekat sini mana-mana boleh jumpa. Tempat aku je dah ada dua. Kadang-kadang pening kepala jugak fikir nak pergi yang mana satu. 

"Cecite cecite cecite," yang lain menyampuk.

"Eh kau orang ni, sangap sangat dengan cerita Hantu Kak Limah," aku cakap dalam hati.

Aku tak berani nak sound direct sebab masa tu ada orang kuat filem Hantu Kak Limah. Boleh jadi gaduh gamaknya. Bak kata orang tua ; Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Haaa. Kalau kau orang nak, malam ni aku boleh je bawak pergi Seremban. Aku tunjuk semua tempat-tempat aku lepak dekat sana." balas Ajim tapi hanya setakat ajak-ajak ayam.

*****


"Sabtu malam, ada drift kat tengah pekan Seremban."

"Masa tu, pekan Seremban mati, so orang buat jadi tempat drift."

"Mula pukul 1 pagi, orang start kumpul. Then mamat kereta semua datang dengan kereta masing-masing."

"Tapi yang paling style, budak-budak kereta Honda." 

"Kereta apa?" aku tanya sambil pusing-pusing kunci kereta.

*****


"Nanti tolong aku cari rumah kat Seremban, aku pindah right away." tambah aku lagi sebelum angkat kaki balik rumah.

February 25, 2011

Sampah.

Semalam aku lepak bilik Aris Kanda, main Dota. Macam biasa, ada gaduh.

India flame Melayu 1.
Melayu 1 lawan balik.
Melayu 2 back up India.
Orang lain cuba tenangkan suasana.

Aku pelik. Kenapa ada melayu lain nak kena back up India. Mungkin sebab mereka berdua admin, mereka ingat orang lain macam kayu.

Malaysia ni dah banyak sangat sampah. Bukan sampah yang macam tepi jalan. Kau tahu sampah mana yang aku maksudkan. Korupsi sekarang ada dimana-mana. Aku bukan memberontak, aku cuma menyuarakan apa yang ada di hati. Aku bukan tak suka mereka yang memerintah, aku cuma tak suka cara mereka memerintah. Pemerintah di sini umum. Siapa makan cili dia terasa pedas.

By the way, aku ada hobi baru. Mengembara. Cuma, duit menjadi masalah utama. Tapi tak apa, aku tunggu.

p/s: Kalau ada yang nak belanja, jangan segan. Aku terima. Hahaha.

February 21, 2011

Celaka.

Ada banyak benda yang buat aku rasa tak puas hati. Punca utama - Mesir. Lain kali kalau nak set tarikh start kuliah, pilih elok-elok. Jangan tukar sana sini. Aku kat Malaysia ni taktau nak rasa apa. Sekali pandang macam gembira. Dua kali pandang macam berduka. Tiga kali pandang macam orang gila. Lagi sekali kau tukar, memang aku lempang dean uni. Lagi satu, kepada mereka yang berminat nak jadi orang kuat agama, tolong bagi badan tough sikit. Jangan nak buncit sangat. Tak elok.

February 17, 2011

Kembali menulis.

"Saya menjadi bukti bahawa kita tak perlu degree untuk berjaya dalam sesuatu." - Fynn Jamal.

Setelah berjumpa dan tengok Fynn Jamal buat performance dekat Uniten malam semalam, aku nekad untuk kembali blogging. Walaupun sekarang orang lebih suka menggunakan tumblr yang kononnya up-to-date, aku setia kepada blogspot. Bukan apa, tumblr dan blogspot sama tujuan - hobi. Cuma bagi aku, tumblr tak ada inspirasi seperti blogspot. Walau apa pun, kepada yang pernah follow aku sebelum ini ; Terima kasih daun keladi, apa kata korang follow lagi sekali? Kepada Kak Fynn, teruskan kerja 'rokes' anda.